Isnin, 16 Mei 2011

lega sikit

Semalaman aku berada di anjung kondominum .. Aku bersendirian....Aku menghabiskan waktu malam dengan menikmati keindahan panorama sekitar Johor Baharu yg dilimpahi cahaya neon yg berwarna -warni... Bukan setakat cahaya lampu yg ada dimana-mana..Tapi keindahan terpancar dengan ada nya Sang bulan yg dikelilingi Bintang.... Sambil aku menikmati keindahan alam ,aku menghabiskan bacaan novel bertajuk "Ku Harap Kasih".. Aku suka membaca novel dari Alaf21.. Menarik dan tertarik... Tumpuan aku bukan sepenuhnya pada novel.. Aku suka membaca sambil membayangkan tiap watak dlm novel itu adalah aku.. HEHE..Layan feel... Tapi pembacaan aku kini kerap terganggu disebabkan hal yg ada didalam diri ini... Aku terasa ada bebanan yg berat dalam hati... Aku tak tahu kenapa aku masih gagal mententeramkan jiwa dan hati aku.... Aku termenung berseorangan...Aku membiarkan angin meniup manja ke tubuh aku.. Sejuk rasa nya bila angin menembusi tulang aku.. Almaklumlah kat badan kurang daging... HEHE.. Aku memandang jauh disana dengan pandangan yg kosong.. Aku cuba memahami diri sendiri.. Aku mengamati diri aku.. Aku sedar aku hanya seorang perempuan remaja yg biasa.. Tidak sempurna dan tidak secantik perempuan remaja diluar sana. Aku perempuan remaja yg ada penyakit.... Penyakit yg membawa maut.. Sejak usia aku 6bulan.. aku sedar itu.... HUHU.. pokoknya aku sedar apa yg ada kat diri aku.. HEHE.. Makin hampir saat itu, aku makin lemah... Lagi lemah bila dengar keputusan itu..... Aku tak kuat sangat.. Aku hubungi nenek kesayangan aku pada pukul 3pagi... Nenek aku terkejut bila aku telefon malam2 buta.. Nenek aku dapat teka apa yang aku alami sekunk nie.. Aku cerita segalanya dengan tangisan pilu... Nenek aku minta aku tenangkan diri.. Kalaulah nenek tahu aku seakan mahu peluk nenek erat2 disaat ini.. Kekuatan hanya pada nenek... Nenek, kaka nak peluk !! Kakak nak tidur lena dipangkuan nenek... Kaka da lme tak tidur lena...... Aku nangis teresak-esak dalam telefon.... Aku luahkan sampai aku lega...... Puas ! Puas ! Aku puas bila cerita dengan nenek... Nenek pesan supaya aku lepaskan segalanya.. Kerna ia pasti akan hadir kembali dengan izin Tuhan.... Insyaallah nenek aku turuti katamu... Tadi awal pagi ibu aku telefon.. minta aku kembali ke Pontian... Aku tahu itu bukan tujuan ibu aku telefon.. mesti tentang masalah aku.. Ibu aku tak tahu pun tentang DIA.. Ibu aku tak tahu pun yg anak nye bercinta.. Sekali lagi aku tak dapat tahan airmata.. Mudah sangat aku mengalirkan airmata dalam beberapa bulan nie... Ibuku pesan ""Tabahkan hati lepas apa yang kau pilih dalam hidup"" Aku berusaha menuruti apa yg Insan tersayang aku katakan... Aku mahu ketenangan.."" Ya Allah ! Berikan aku kekuatan yg tebal dalam hati aku.. Aku tak rela melepaskan segalanya.. Tapi aku akan cuba lakukan demi kebahagian masing2""  
ANDAI ITU TAKDIRKU.....

Psssttt ---------> dah 2malam tak tidur.. ^___________^

1 ulasan: