Sabtu, 30 April 2011

AKU

Hari ini rasanya teramat mahu menangis lama
tiada tahu dari mana datangnya ia
hanya ada satu getar yang teramat lama
kasihan aku, pada satu takdir bisu
kasihan aku, terasa tiada lagi mahu tahu

Bila kita sakit, kita tahu Tuhan sayang kita. 
Bila kita sunyi, kita tahu ada orang masih ingat akan kita.
Bila kita rindu, kita tahu bahawa bayu lembut itu menyapa erat bagai memeluk diri kita.
Kita bukan sesiapa..

Sekiranya kita buang segala harga diri semata-mata mahukan sesuatu yang terpaksa kita gadaikan dengan maruah,kasih sayang dan simpati.
Pekara yang paling aku ingat ialah bila someone berkata:

"Let the rain kiss you. Let the rain beat upon your head with silver liquid drops. Let the rain sing you a lullaby"


Bangun dan mendongak tinggi, sambil cuba menapak sebuah lagi harapan.
Dalam setiap bayang kehidupan ini, suram dan malang adalah satu catatan dalam sejuta cabaran.
Biar harum ini berkumandang di bumi milik Tuhan.
Aku tidak punya sesiapa dan apakah jua taruhan.
Aku hanya mahu damai dalam penuh sedih dan luka seorang gelandangan.
Doakan aku damai mengadap bumi Tuhan dan doakan aku bahagia dalam segala luka yang aku genggam.
Ada ketikanya dalam hati aku, aku amat tahu bahawa tiada siapa yang benar benar memahami diriku.
Biarlah besar mana pun aku cuba alunkan resah cerita dan selangit bahagia...

Namun untuk aku berseloka bercerita semua tentang pekung didada.
Aku bukanlah orang yang cukup kuat dengan semua itu.
Kadang kala aku sangka aku susah...

Tapi ada lagi manusia yang lebih susah hidupnya dari aku.
Kadang kala aku rasa aku amat di kasihi dan disayangi tapi selalu juga tiada manusia mampu untuk mengerti.
Aku tahu Allah hadirkan kejadian dan sebab semua pekara itu dengan alasan yang tersendiri.
Aku tahu aku degil.
Sebb tu aku diuji sebegini.
Tapi perlukah aku berkompang untuk bercerita susah dan derita aku?
Perlukah aku terperincikan biaya hospital dan sakit aku selalu?
Aku hanya punya susur mimpi.
Lewat musim bunga yang terangkai jauh dalam sepi.
Menyelami hati seorang manusia bernama eriy
Kini hanya punya tapak kanvas dan lukisan rindu.
Aku bersendirian dgn perasaan keliru.
Tiada siapa yang mahu faham aku.
Aku mengalah ,malas sudah bersuara dalam tiada siapa mahu faham bicara.
Aku mahu padamkan semua tinta.
Mahu bersendiri dalam diam disudut kecil sebuah kamar.
Mahu mencari hakikat sebuah mimpi.

Kita bisukan rasa hampa kita, walau bagaimana pun kuat ia melanda. Mengapa mempertahankannya?
Kerna kita tidak mahu mereka turut berduka.
Kadang kala, aku ingin berkongsi cerita. Cerita dari jauh perjalanan masa, hingga cerita apa ada di hujung lubuk rasa. Kadang kala aku rasa aku ini amat bodoh, taruhan dan harapan. Tapi dalam banyak pekara, aku rasa blog ini hanya taruhan yang tidak menjanjikan wang dan pandangan. 

Hanya blog singgahan agar manusia seperti aku dan kamu akan lebih faham pada kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan