Sabtu, 26 Februari 2011

stotymory si Penyakit itu....

SAKIT THALASEMIA..... 

-Apa itu THALASEMIA ?
Sejenis penyakit keturunan dimana sel-sel darah merah gagal membawa bekalan oksigen yang mencukupi untuk keperluan tubuh sebelum ini dikenali sebagai penyakit Mediterranean anemia. ia berasal dari perkataan Greek , thalasanemia ...

-Penyakit ini menyebabkan :
*Sumsum tulang tidak boleh menghasilkan sel-sel darah merah.
*Jantung dan lain-lain organ penting gagal berfungsi.
*Pesakit kelihatan pucat dan letih sepanjang masa.
*Jika dibiarkan tanpa rawatan ,pesakit biasanya meninggal dunia antara 1 hingga 8 tahun..

-Bagaimana seseorang boleh menghidapai Thalasemia?
Ia adalah penyakit keturunan yang diwarisi oleh ibu bapa kepada anak-anak melalui baka. bagaimanapun ia bukanlah seperti penyakit demam selesema.

-Jenis-jenis Thalasemia
#THALASEMIA MINOR-individu sihat yang menjadi pembawa..
#THALASEMIA MAJOR-pesakit thalasemia yang serius ,memerlukan pemindahan darah setiap bulan dan ubat-ubatan untuk membuang zat besi.
#THALASEMIA INTERMEDIA-Individu yang tidak mempunyai gejala thalasemia tetapi mungkin memerlukan pemindahan darah semasa hamil , jangkitan yang serius dan sebagainya.

  TAHUKAH ANDA ........
*Masyarakat berhutang sekurang-kurangnya 2pain darah sebulan kepada setiap penghidap thalasemia major seumur hidupnya..
*Anda kelihatan Normal tetapi anda berkemungkinan pembawa thalasemia major..
*thalasemia hanyalah sejenis penyakit kecacatan darah dan tidak melibatkan sebarang kuman atau virus.
*Pembawa atau pesakit thalasemia boleh berkhawin dan melahirkan anak.
*Jika zat besi tidak dikeluarkan , besar kemungkinan thalasemia major akan mati sebelum dewasa.
*Thalasemia tidak boleh dirawat kecuali melalui pemindahan sumsum tulang.
****Tidak seorang pun boleh mendabik dada mengatakan mereka bebas daripada thalasemia selagi belum menjalani ujian darah.. **** :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan